Senin, 17 Desember 2012

Tuhan Penghibur Agung

Tuhan adalah penghibur yang Maha Agung Kalau kita faham Tuhan dan kerja-Nya serta ciptaan-Nya Ia adalah penghibur manusia yang tidak ada taranya Jika kita sadar bahawa Tuhan penghibur yang Maha Agung, kita jatuh hati kepada-Nya Bahkan kita bercampur takut kepada-Nya kalau hiburannya ditarik balik atau ditarik semula Mari kita kaji bahawa Tuhan itu benar-benar Maha Penghibur manusia Nafas turun naik oksigen kepunyaan-Nya, bukankah itu hiburan makhluk-Nya Pijaklah bumi, bumi kepunyaan-Nya, tidakkah kita terhibur Lihatlah ke langit, langit kepunyaan-Nya, bukankah itu hiburan juga Lihatlah pemandangan yang hijau, sejuk mata memandangnya, bukankah itu hiburan dari ciptaan Tuhan Di waktu lapar kita makan nasi dan lauk rezeki dari Tuhan, itukan hiburan Di waktu sakit kita disembuhkan-Nya, senang dan terhibur hati dibuatnya Dijadikan-Nya malam dan siang, siang mencari rezeki dan ilmu, bukankah itu hiburan dari Tuhan Malam rehat setelah letih waktu siang hiburan juga namanya Di waktu hendak bersenang-senang kita ada isteri atau suami dari anugerah Tuhan, hiburan bukan? Suami isteri tempat melepaskan rindu, dendam nikmat dari Tuhan, itu adalah hiburan Di waktu musafir atau mengembara banyak jenis hiburan yang kita lihat atau dapat atau rasa, hiburan dari Tuhan Bahkan perkara yang negatif pun merupakan hiburan dari Tuhan kalau kita faham Umpamanya sakit, miskin, kesusahan Ia adalah penghapusan dosa atau derajat atau pahala di Syurga Bukankah itu berita gembira dari Tuhan? Ia adalah hiburan jangka panjang Itu semuanya hiburan dari Tuhan di sudut aqidah Di aspek syariat Tuhan, juga hiburan dari Tuhan Ertinya syariat Tuhan atau disiplin hidup dari Tuhan adalah hiburan untuk insan Mari kita lihat bahwa syariat Tuhan itu adalah penghibur manusia Tuhan menyuruh memaafkan orang bersalah, yang bersalah meminta maaf, bukankah itu satu hiburan Siapa tidak terhibur jika diberi maaf atau orang meminta maaf Syariat menyuruh orang miskin dibantu atau ditolong, bukankah itu hiburan Berkawan hendaklah setia, utamakan kawan daripada diri sendiri, itu bukankah hiburan Jiran disuruh hormati, tidak boleh disakiti, jiran disuruh buat sebagai keluarga sendiri Bukankah itu hiburan untuk insan, siapa tidak suka?! Syariat Tuhan menyuruh membuat baik kepada orang yang membuat jahat, betapalah orang yang membuat baik Itu adalah hiburan Syariat menyuruh berkasih sayang, rasa bersama, berkerjasama, bertenggang rasa, ini semuanya bersifat hiburan Itu sebagai contoh yang mudah difahami, yang tidak disebut dikiaskan sahaja akan dapat jawaban Jelas kepada kita bahawa Tuhan adalah penghibur yang Maha Agung yang tiada taranya Juga syariat-Nya membawa hiburan kepada manusia Tetapi mengapa umat Islam berjuang menjadi kasar, ekstrim, membunuh?! Mengapa umat Islam berjuang menyusahkan dan menakutkan orang? Padahal Islam membawa kasih sayang Ia adalah hiburan! Di mana kita belajar? Hadis dan Al Quran tidak menyuruh demikian Mengapa kita tersesat jalan, Islam adalah indah, ia membawa hiburan kepada setiap insan, kafir mahupun Islam Persembahkanlah Islam kepada manusia dengan kasih sayang dan khidmat Kasih sayang dan khidmat adalah hiburan buat insan Haraplah diambil ingatan. Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar